Friday, 23 March 2012

PENGENALAN UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING


PEMBIMBING RAKAN SEBAYA



RASIONAL

Kaedah dan pendekatan Bimbingan dan Kaunseling dapat mengisi atau merentasi setiap aspek pendidikan. Khidmat “murid membantu murid” dijangka lebih berkesan dan memahami curahan perasaan rakan sebaya mereka. Golongan murid ini wajar diberi pendedahan asas kaunseling. Kemahiran yang dimiliki itu diharap dapat menjadikan diri mereka sebagai pendengar yang empati dan rela memberi pertolongan dalam membentuk budaya sekolah. Sejajar dengan falsafah PRS ” Bantu Diri Untuk Membantu Orang Lain”, wajarlah PRS ini ditubuhkan untuk menjelajah potensi diri dan berusaha mempertingkatkan kemahiran, kepimpinan dan keupayaan menolong.

MATLAMAT

Penubuhan PRS diharapkan dapat membina kelompok pelajar yang mempunyai keyakinan diri yang tinggi , mempraktikkan sistem nilai yang sihat sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan dapat membantu Guru Bimbingan melaksanakan perkhidmatan menolong yang menjurus kepada pembentukkan budaya sekolah yang kondusif dan meransang pembangunan manusia.

OBJEKTIF:
Pendekatan PRS

1. Perkembangan kendiri dengan memahami kekuatan diri dan bagaimana
meningkatkan serta kurangkan kelemahan diri.

2. Mencegah iaitu lebih peka kepada diri dan perasaan orang lain. Melihat
sesuatu dengan lebih rasional dan objektif.

3. Memulih atau melatih pelajar menjadi pelajar yang bertanggungjawab.


Fungsi PRS

1. Mengurangkan masalah disiplin pelajar.
2. Membina budaya kasih mesra dan bantu membantu 
di kalangan pelajar.
3. Memupuk pelajar menjadi orang dewasa yang peka.
4. Membina pelajar yang yakin diri dan mempunyai nilai murni.



Etika PRS

1. Amanah dan menyimpan rahsia.
2. Memberi pertolongan dengan memahami batasan diri.
3. Menerima rakan tanpa pengukur.