Tuesday, 18 December 2012

AKTIVITI - AKTIVITI SEPANJANG TAHUN 2012




AKTIVITI - AKTIVITI SMK BENONI SEPANJANG TAHUN 2012 DI BAWAH UNIT BIMBINGAN DAN KAUSELING



PELANCARAN KELAS LONJAKAN AKADEMIK BERPUSAT PRESTIJ JUARA 2012
Sumber : UBK SMK BENONI,PAPAR



CERAMAH MOTIVASI KERJAYA ANJURAN MPP POLITEKNIK,KK
Sumber : UBK SMK BENONI,PAPAR


SEMINAR TEKNIK MENJAWAB SPM 2012
Sumber : UBK SMK BENONI,PAPAR


SEMINAR TEKNIK MENJAWAP PMR 2012
Sumber : UBK SMK BENONI,PAPAR


MOTIVASI BERSAMA DR MOHAMMAD MUZZAMIL BIN MOHD NOOR
Sumber : UBK SMK BENONI,PAPAR


PELANCARAN PROGRAM MENTOR - MENTEE PMR,SPM,STPM
Sumber : UBK SMK BENONI,PAPAR


LAWATAN ADIK-ADIK DARI SK BENONI KE SMK BENONI
Sumber : UBK SMK BENONI,PAPAR


MAJLIS DIALOG IBU BAPA & PENYERAHAN SLIP PERCUBAAN PMR & SPM
Sumber : UBK SMK BENONI,PAPAR


MAJLIS RESTU ILMU PMR,SPM,STPM
Sumber : Awang Ashraf & 4 Pengajian Islam 2012


KEM AKADEMIK SPM 2012 SMK BENONI,PAPAR 
(12-14 OKTOBER 2012)
Sumber : Miss Nazirah Umar


ORENTASI KPUR-PART 1
Sumber : UBK SMK BENONI,PAPAR



KEM AKADEMIK STPM 2012
Sumber : UBK SMK BENONI,PAPAR




PROGRAM JOM MASUK U DI SURIA SABAH
Sumber : UBK SMK BENONI,PAPAR



UBK 2012 & AKTIVITI BIMBINGAN KERJAYA
Sumber : UBK SMK BENONI,PAPAR



Monday, 28 May 2012

SELAMAT BERCUTI WARGA SMK BENONI PAPAR



Setelah beberapa minggu menduduki peperiksaan pertengahan tahun 2012, bertungkus-lumus memerah otak,merembeskan segala pembelajaran yang telah diajarkan oleh para pendidik,guru-guru di SMK Benoni kira wajarlah untuk mereka bercuti. 

SELAMAT BERCUTI BUAT SEMUA PELAJAR DAN GURU DI SMK BENONI


Friday, 11 May 2012

MINGGU EKSPLORASI KERJAYA TAHUN 2012



Tarikh : 9 Mei 2012 - 10 Mei 2012
Tempat : Dewan SMK Benoni 
Masa : 8.00 Pagi - 12.00 TGH



Pada 9 Mei 2012 , Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Benoni Papar telah mengadakan Minggu Eksplorasi Kerjaya bagi tahun 2012.Tujuan Minggu Kerjaya ini diadakan adalah untuk memberikan panduan kepada para pelajar kemana hala tuju (peluang kerjaya dan pendidikan) yang boleh diambil apabila tamat persekolahan pada peringkat SPM dan STPM.

Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah :

9 Mei 2012 - PAMERAN KARNIVAL KERJAYA DAN PENDIIOLEH  INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI (IPTA,IPTS)
10 Mei 2012 - CERAMAH MENGENAI KERJAYA OLEH KAKITANGAN DARI JABATAN PENGAJIAN POLITEKNIK






Dengan adanya program sebegini, nescaya para pelajar akan membantu para pelajar tanpa mengambil kira ideologi politik,bangsa atau agama kerana apa yang kita inginkan adalah semua pihak membantu dalam membangunkan dan mencapai hasrat negara maju menjelang tahun 2020.

Oleh itu,ahli UBK SMK Benoni berharap  para pelajar lepasan SPM dan STPM yang merancang untuk meningkatkan prospek kerjaya perlulah menggunakan platform dan peluang yang ditawarkan oleh karnival kerjaya dan pendidikan ini dengan baik.Sekalipun tidak mendapat tempat atau jawatan yang diharapkan,gunakanlah program sokongan ini untuk menyediakan diri sebaiknya untuk alam pekerjaan dan peluang yang mungkin kunjung tiba kelak.





::  Ahli Jawatan Kuasa PRS Tingkatan 5 (2012)










Saturday, 14 April 2012

AHLI JAWATAN KUASA PRS BAGI TAHUN 2012


CARTA ORGANISASI PRS TAHUN 2012

PENAUNG 
Puan Mozidah Hamzah

PENASIHAT
Cik Juraidah Mohd Nooh

PENGERUSI
Ting 5

SETIAUSAHA                                                                                                            PEN.SETIAUSAHA
Ting 5                                                                                                                                Ting 4

AJK TERTINGGI

BIRO AKADEMIK

BIRO KECERIAAN

BIRO KEBAJIKAN

BIRO PROMOSI

BIRO LAWATAN

WAKIL PRS

Krusus Asas Pembimbing Rakan Sebaya Tahun 2012



Adalah dimaklumkan bahawa saudara/saudari diminta menghadiri krusus di atas seperti ketetapan berikut:

Tarikh: 14 April 2012
Tempat: Dewan SMK Benoni
Masa: 7.30 pagi - 2.00 petang

Sebarang kemusykilan,sila hubungi Guru Bimbingan dan Kaunseling sekolah anda di talian : 013-3114368.

Krusus Asas Pembimbing Rakan Sebaya Tahun 2012 telah diadakan oleh CIK JURAIDAH MOHD NOOH Kaunselor Pelajar SMK Benoni Papar.

PENGISIAN  KRUSUS ASAS PRS:

1. Mengenali kembali makna sebenar PRS " BANTU DIRI UNTUK MEMBANTU ORANG LAIN ".
2. Mengetahui Kemahiran asas dan ciri-ciri yang perlu ada dalam diri seorang PRS.
3. Mempraktikkan cara berkomunikasi dan respond dengan baik.
4. Menjawab Ujian Bertulis mengenai PRS.
5. Mengadakan aktiviti kesedaran kendiri agar bersyukur dengan apa yang ada pada diri.








PEMBIMBING RAKAN SEBAYA TAHUN 2012

FUNGSI PRS:
Bergerak dengan lebih aktif lagi.Segala cadangan yang boleh membangun dan menggerakkan kembali UBK adalah amat di harapkan.

PERATURAN PRS:
Pemakaian Vase 


Kehadiran pada setiap perjumpaan adalah WAJIB.
Bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.

AKTIVITI LUAR YANG BAKAL DILAKUKAN:
1-Lawatan :- Rumah anak-anak yatim
                  :- Lawatan sambil belajar ke sekolah-sekolah Vokasional Sabah
2-Perkelahan
3-Hari Keluarga PRS 2012


Tahniah atas perlantikan anda sebagai ahli jawatan kuasa dan ahli-ahli PRS yang baru bagi tahun 2012.Jadikan tahun 2012 ini sebagai tahun yang amat cemerlang bagi PRS. Buatlah dengan jujur, hati yang ikhlas agar matlamat dan falsafah PRS tercapai.Syabas dan tahniah sekali lagi.


Dari Ahli Jawatan Kuasa PRS Tingkatan 5 (2012)




Friday, 23 March 2012

PENGENALAN UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING


PEMBIMBING RAKAN SEBAYA



RASIONAL

Kaedah dan pendekatan Bimbingan dan Kaunseling dapat mengisi atau merentasi setiap aspek pendidikan. Khidmat “murid membantu murid” dijangka lebih berkesan dan memahami curahan perasaan rakan sebaya mereka. Golongan murid ini wajar diberi pendedahan asas kaunseling. Kemahiran yang dimiliki itu diharap dapat menjadikan diri mereka sebagai pendengar yang empati dan rela memberi pertolongan dalam membentuk budaya sekolah. Sejajar dengan falsafah PRS ” Bantu Diri Untuk Membantu Orang Lain”, wajarlah PRS ini ditubuhkan untuk menjelajah potensi diri dan berusaha mempertingkatkan kemahiran, kepimpinan dan keupayaan menolong.

MATLAMAT

Penubuhan PRS diharapkan dapat membina kelompok pelajar yang mempunyai keyakinan diri yang tinggi , mempraktikkan sistem nilai yang sihat sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan dapat membantu Guru Bimbingan melaksanakan perkhidmatan menolong yang menjurus kepada pembentukkan budaya sekolah yang kondusif dan meransang pembangunan manusia.

OBJEKTIF:
Pendekatan PRS

1. Perkembangan kendiri dengan memahami kekuatan diri dan bagaimana
meningkatkan serta kurangkan kelemahan diri.

2. Mencegah iaitu lebih peka kepada diri dan perasaan orang lain. Melihat
sesuatu dengan lebih rasional dan objektif.

3. Memulih atau melatih pelajar menjadi pelajar yang bertanggungjawab.


Fungsi PRS

1. Mengurangkan masalah disiplin pelajar.
2. Membina budaya kasih mesra dan bantu membantu 
di kalangan pelajar.
3. Memupuk pelajar menjadi orang dewasa yang peka.
4. Membina pelajar yang yakin diri dan mempunyai nilai murni.



Etika PRS

1. Amanah dan menyimpan rahsia.
2. Memberi pertolongan dengan memahami batasan diri.
3. Menerima rakan tanpa pengukur.