Tarikh : 9 Mei 2012 - 10 Mei 2012
Tempat : Dewan SMK Benoni
Masa : 8.00 Pagi - 12.00 TGH
Pada 9 Mei 2012 , Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Benoni Papar telah mengadakan Minggu Eksplorasi Kerjaya bagi tahun 2012.Tujuan Minggu Kerjaya ini diadakan adalah untuk memberikan panduan kepada para pelajar kemana hala tuju (peluang kerjaya dan pendidikan) yang boleh diambil apabila tamat persekolahan pada peringkat SPM dan STPM.
Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah :
9 Mei 2012 - PAMERAN KARNIVAL KERJAYA DAN PENDIIOLEH INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI (IPTA,IPTS)
10 Mei 2012 - CERAMAH MENGENAI KERJAYA OLEH KAKITANGAN DARI JABATAN PENGAJIAN POLITEKNIK
Dengan adanya program sebegini, nescaya para pelajar akan membantu para pelajar tanpa mengambil kira ideologi politik,bangsa atau agama kerana apa yang kita inginkan adalah semua pihak membantu dalam membangunkan dan mencapai hasrat negara maju menjelang tahun 2020.
Oleh itu,ahli UBK SMK Benoni berharap para pelajar lepasan SPM dan STPM yang merancang untuk meningkatkan prospek kerjaya perlulah menggunakan platform dan peluang yang ditawarkan oleh karnival kerjaya dan pendidikan ini dengan baik.Sekalipun tidak mendapat tempat atau jawatan yang diharapkan,gunakanlah program sokongan ini untuk menyediakan diri sebaiknya untuk alam pekerjaan dan peluang yang mungkin kunjung tiba kelak.
:: Ahli Jawatan Kuasa PRS Tingkatan 5 (2012)
No comments:
Post a Comment